#10 Info ringkas menemui anda pada setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT sahaja.
#1
Semut saling berhubung sesama sendiri untuk menjalankan sesuatu tugas namun tidak dapat didengari oleh manusia kerana frekuensi bunyinya yang sangat rendah.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Sungai Huang Ho, Sungai sepanjang 5464 km ini digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Seekor ayam akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#5
Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.
puncak Menara Eiffel.

---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

0 komen:
Catat Ulasan