29 Nov 2013

Jumaat, November 29, 2013
4

Sudah menjadi 1 legasi, jenama CBR kekal antara yang dominan, faktor tahan lasak, berkuasa dan anggun sentiasa meletakkan CBR sentiasa sebaris yang terbaik. Terbaru, Honda CBR650F, CB650F 2014 telah di lancarkan di pameran EICMA, Milan Itali, dan kemungkinan pemasangan model CKD ini oleh Boon Siew Honda di Malaysia bakal memenuhi selera pasaran golongan muda di Malaysia.

Honda CBR650F 2014
"Honda CBR650F di reka untuk menakluk sudut dengan mudah dan juga menjadi hebat di persekitaranya. Ia menawarkan kelebihan sproty untuk gaya hidup rider. Dengan ramai penunggang baru atau veteran yang berbeza identiti dan gaya menunggang, ia membuatkan saya berbesar hati mengalu-alukan mereka sebagai penunggang Honda CBR terbaru ini, " kata Teishiro Goto , Ketua Projek untuk CBR650F itu.

Honda CB650F 2014
CBR650F dan CB650F 2014 di lengkapi dengan enjin DOHC 649cc, 16-injap inline 4 yang menghasilkan 86bhp dan 63Nm tork dengan berat kering 211kg. Di imbangi sistem suspensi fork teleskopik dan sistem monoshock belakang boleh laras dengan sistem ABS sebagai alat wajib, roda aloi 17 inci, dengan size tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang), Taillamps LED dan kedudukan lampu depan dan panel instrumen digital menambah kepada faktor gaya superbike itu. Warna yang disediakan putih, hitam, perak dan merah-putih -biru skim cat triwarna khas.

Bagi yang sukakan gaya Nakedbike, CB650F naked juga tersedia dalam senarai Honda 2014. Dengan gaya fairing comel yang menyerlahkan casis, engin dan ekzos krom bergaya mantap. Anda sudah boleh berkira-kira model ini sesuai untuk berulang ke tempat kerja, bergaya di hujung mingggu atau melibas di selekoh-selekoh kawasan berbukit... Harga, TBA .









4 komen:

  1. Padam komen saya ke admin? tak kisah nak copy paste, tapi bagila kerjasama dengan meletakkan kredit backlink... biarlah beretika dalam berblogging, lambat laun jumpa juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak jugak.. kongsi-kongsi maaa.. bkn ini bkn berita tempatan bro, ini berita international milik Honda..chill la..sama-sama baca, bro klu redha lagi dpt pahala..hehe

      Padam
    2. Saya wakil dari WP memohon maaf pada encik adi, lain kali kami akan perbetulkan..

      Padam
    3. Johnnen WPcrew, artikal itu bukan dari pihak Honda, tapi dari sebuah website terkenal, saya minta kebenaran untuk review dan berkongsi gambar2 di atas hak milik mereka dan letakkan backlink sebagai sumber, kalau kamu baca dan copy paste lepas minta kebenaran ok saya redha dan dapat pahala, kalau kamu tak minta kebenaran dapat la kamu sebaliknya la ...hehe..

      Padam