29 Nov 2013

Jumaat, November 29, 2013
9
Yamaha YZF- R25 Concept baru saja di pertontonkan umum di Tokyo Motor Show 2013. Seluruh dunia terpukau dengan Yamaha YZF-R25, bergaya seperti Yamaha YZR-M1 MotoGP.

Enjin adalah 2 silinder sebaris 250cc, namun tidak di nyatakan berapa kuasa kuda yang mampu dicapai. Casis adalah tiub keluli mengantikan spar keluli berkembar, dengan reka bentuk ram-air besar dan keseluruhan seperti Yamaha M1.

Lengkap dengan cermin sisi, dua lampu utama di antara corong Ram-Air besar dan lampu isyarat depan belakang, footpage belakang boleh laras dan holder plate belakang. Cukup comel tapi garang di lihat. Anda pasti vote YZF-R25 sebagai pilihan anda, jika ianya realiti di jalanan Malaysia

Cukup menarik untuk bersaing sengit dengan Kawasaki, Honda atau KTM, kita mengharapkan dapat melihat model ini di jalanan Malaysia akan datang. Hong Leong Yamaha, you should take this as a serious market in Malaysia soon.



Video: VALENTINO ROSSI TEST YAMAHA R25 - 250cc Race Bike

9 komen:

  1. Anda telah copy 2 posting dari blog saya, sila berikan backup linkYamaha YZF-R25 Concept 2014

    Sila berblogging dengan etika, terima kasihYamaha YZF-R25 2014

    BalasPadam
    Balasan
    1. chill la bro..sharing is caring.. kalau anda dari Yamaha nak juga aku ambil kesah..haha

      Padam
    2. Betul sharing is caring, saya tak kisah nk copy paste tapi berikan backlink sumber, artikal2 saya pun ada yang saya minta kebenaran dan berikan backlink pada web asal sebelum di kongsi, itu baru sharing is caring dalam etika berbloging

      Padam
    3. ahahaha , adi junaidi , kne faham setiap post dalam web akan bersifat umum . sebenarnya tkde istilah copy paste , nk amik pon xperlu kebenaran , cuma yang terbaikk bila copy dari sesuatu sumber better letak credit la , penat2 dia buat post kasi la credit .. kita sesama blogger mesti la jugak ade saling hormat .. kita semua pon manusia . xde hal la . hehe

      Padam
    4. kalau kamu kata tiada istilah copypaste dan tak pelru kebenaran, itu bermakna kamu masih tak faham dan tak pernah baca penafian atau disclaimer sesuatu blog atau mungkin kamu tak pernah tahu tentang ini, di mana2 blog terkenal di malaysia tau antarabangsa sangat peka hal ini. tentang letak credit tu betul, saya dah kata kat atas, xde hal nak copy,tapi bagi link la sebagai tanda hormat macam kamu cakap

      Padam
  2. Saya wakil dari WP memohon maaf pada encik adi, lain kali kami akan perbetulkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih pd admin, sama2 kita maju dalam blogging

      Padam
    2. masih belum di perbetulkan

      Padam