Ardi Hamza, Suspek Kes Bunuh Pegawai Bank Subang Jaya.
Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan motorsikal.
Norazita sudah bekerja dengan bank tersebut selama 16 tahun, iaitu ketika berumur 21 tahun. Semasa kejadian, hanya Norazita dan empat kakitangan wanita bank diiringi pengawal keselamatan bersenjata itu ke bilik peti besi tersebut.
Kejadian berlaku pukul 6.18 petang, selepas waktu bekerja biasa dalam keadaan hujan ribut baru melanda Kuala Lumpur. Ardi membawa senjata yang dipanggil pump-gun. Ardi sebenarnya bekerja di bank bersebelahan dan dikatakan menggantikan pengawal keselamatan bank tempat kerja Norazita yang bercuti pada hari itu.
Ardi mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat, Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada di dalam sistem mereka dan dipercayai palsu. Ardi didapati berasal dari Sulawesi, Indonesia, dan berada di negara ini dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak dua tahun lalu.
Jumlah wang yang dirompak oleh Ardi ialah RM 450,000 dan setakat hari ini Ardi masih bebas dan dipercayai masih memiliki pump-gun yang digunakan untuk membunuh Norazita. Tiga orang ahli keluarga Ardi, dua orang lelaki yang juga bekerja sebagai pegawai keselamatan dan seorang wanita dipercayai isteri suspek telah ditahan reman oleh polis, dipercayai bersubahat dengan beliau memandangkan suspek ada meninggalkan wang berjumlah RM 30,000 kepada wanita tersebut.
Mereka yang terserempak, nampak atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.
Mat Perghh: Kalau jumpa atau kena tangkap, mau bagi head shot guna shotgun bertubi-tubi, biar berkecai tanpa sebarang serpihan.
0 komen:
Catat Ulasan