17 Dis 2012

Isnin, Disember 17, 2012
PDRM AKAN TERIMA 1,000 UNIT MOTOSIKAL KAWASAKI NINJA 250 (STD)X UNTUK TUGASAN RONDAAN


Di bawah berikut merupakan berita yang dipetik daripada portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai majlis penyerahan 1,000 buah motosikal Kawasaki Ninja 250R 2013 yang telah diubahsuai untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM.


Perjumpaan Bersama YDH KPN Berhubung Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal 
PORT DICKSON - 16 Disember 2012. Bertempat di Bunga Raya Hall, Hotel Grand Lexis, Port-Dickson pada tengahari tadi, YDH Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan perjumpaan bersama YDH Dato’-Dato’ Pengarah, YDH Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.
Antara intipati perjumpaan tersebut, berkaitan Taklimat NKRA Fasa 2 di mana PDRM akan menerima 1000 buah motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD)X bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dan Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 2012 di Padang Awam, BK 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
1000 buah motosikal Kawasaki Ninja 250 (STD)X ini akan memantau kawasan-kawasan panas dengan mengadakan rondaan siang dan malam di negeri-negeri NKRA di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi menjamin persekitaran yang selamat untuk masyarakat.
Seramai 1000 orang akan ditugaskan mengikut 6 kontinjen NKRA tersebut dengan kekuatan 50 orang pegawai dan 950 orang anggota.
Catatan Terbaru
Terdahulu
Ini adalah pos paling akhir

0 komen:

Catat Ulasan