KUALA LUMPUR: Remaja Buat Maksiat Dalam Pesta Buih | Apa sudah jadi kepada pemuda pemuda wanita mahupun lelaki dimana lebih berminat kepada soal soal hiburan sonsang sehinggakan lupa maruah diri. Baru baru ini tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.
Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.
Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar
perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan
seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan
susuk tubuh mereka.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada
Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.
Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.
Apa yang WP hairankan dimanakah ibu bapa mereka sehinggakan tidak sedar aktiviti malam anak anak mereka lakukan. Apakah ini zaman sudah berakhir?
Video:
0 komen:
Catat Ulasan