Kisah lelaki hebat Salahuddin Al-Ayubi (Saladin) adalah salah satu contoh kehebatan pahlawan Islam dalam menpertahankan agama tercinta.
Mereka sanggup ke medan perang untuk gugur syahid. Dengan niat untuk melihat Islam terus berkembang dan tidak ditindas oleh agama lain.
Perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu perlu dijadikan iktibar buat kita hari ini dalam apa juga urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan agama Islam.
Pejuang Islam sejati, pahlawan gagah yang sungguh berani di medan perang. Aku pernah bercerita dalam artikel aku yang mengisahkan Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis. Tapi kali ini aku mahu ceritakan lagi tentang kehebatan beliau.
Watak Salahuddin dilakonkan semula dalam filem "Kingdom of Heaven". |
"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"-Salahuddin Al-Ayubi
Kingdom of Heaven (2005) |
Salahuddin berasal dari keturunan Kurdis, beliau bukan berbangsa Arab, juga bukan berbangsa Palestin, tetapi beliau mengabiskan umur berjuang untuk merebut kembali Palestine dan Al-Aqsa dari pada cengkaman musuh Islam.
#2
Sungguh hebat lelaki ini, Salahuddin telah berjaya menyatukan umat Islam yang pada masa itu telah berpecah belah, dengan bermacam-macam fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan.
Kejayaan besar Salahuddin juga adalah berjaya menyatukan 2 fahaman yang selalu berbalah, iaitu Sunni dan Syiah. Mereka telah lupakan semua perbezaan dan bersatu dibawah panji Islam, diketuai oleh Salahuddin.
#3
Salahuddin juga seorang lelaki yang sangat penyabar. Ada suatu ketika beliau pernah meminta air untuk diminum, tetapi tidak tahu mengapa air itu tidak diberikan juga kepada beliau.
Beliau terpaksa meminta sehingga 5 kali dengan berkata " Aku hampir mati kehausan". Selepas itu barulah air diberikan kepadanya, tetapi Salahuddin lalu meminum air itu tanpa menunjukkan kemarahan.
Animasi 'Saladin' |
#4
Salahuddin juga seorang panglima perang yang hebat, kadangkala beliau sendiri akan pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama askar perisiknya.
Ketika berperang, Salahuddin akan berada didepan dan akan pergi merempuh di celah-celah musuh yang sedang mara.
#5
Salahuddin pernah diceritakan pergi merawat Richard the Lion, Raja England yang sedang sakit di perkhemahan tentera Kristian. Beliau sanggup menyamar, menyusup masuk ke kawasan musuh untuk merawat musuhnya sendiri.
#6
Ada cerita lagi pasal. Salahuddin dan Richard the Lion. Pernah suatu ketika Salahuddin Al-Ayubi beradu kehebatan dengan Richard the lion.
Al-kisahnya, Richard the lion dengan badan sasanya penuh tenaga menghunus pedang kearah sebiji batu besar, lalu batu itu terbelah.
Apabila tiba giliran Salahuddin, beliau hanya mencampakkan sehelai kain sutera ke udara serta menhulurkan pedangnya. Lalu kain sutera itu jatuh dan hinggap diatas mata pedangnya, lalu terpotong dua kain itu dek kerana tajamnya mata pedang beliau.
#7
Salahuddin Al-Ayubi dimedan perang cukup hebat, beliau sendiri akan bergerak dari satu hujung medan perang ke hujung yang lain hanya untuk mengingatkan para tenteranya agar benar-benar berniat berjihad dijalan ALLAH S.W.T.
#8
Ketika kepungan ke atas Acre, Salahuddin hanya minum dan tidak makan setelah dipaksa oleh doktor peribadinya. Beliau hanya makan beberapa suap sahaja dari hari jumaat hingga isnin kerana tidak mahu fokusnya terhadap perang terganggu.
#9
Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis pada hari jumaat 27 Rajab 583H, dengan asakan yang hebat daripada tentera Islam akhirnya tentera Kristian mengalah. Pada mulanya tentera Kristian bimbang tentera islam akan menyiksa dan membunuh mereka.
Kerana semasa tentera Kristian menawan Baitul Maqdis dulu ramai orang Islam dibunuh. Namum Salahuddin memberi jaminan tiada orang yang akn dibunuh. Lalu membuatkan ramai orang Kristian memeluk Islam.
Biodata
Nama : Salahuddin Al-Ayubi
Lahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi)
Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.)
Meninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi)
0 komen:
Catat Ulasan