Barcelona telah mengesahkan yang Lionel Messi akan diketepikan untuk dua ke tiga minggu selepas mengalami kecederaan peha sewaktu kemenangan ke atas Almeria.
Messi, yang membuka jaringan sewaktu kemenangan 2-0 La Liga itu, telah digantikan pada minit ke-29 sebagai tindakan berjaga-jaga.
Namun, ujian dibuat pada pagi Ahad lalu telah memutuskan pemain kebangsaan Argentina itu akan diketepikan untuk aksi Liga Juara-juara Barca dengan Celtic Selasa ini dan pertembungan La Liga menentang Real Valladolid pada Sabtu ini.
Satu kenyataan rasmi kelab menyebut: "Leo Messi ada satu kecederaan kecil di bahagian biceps femoris (peha) di kaki kanannya.
"Ini telah disahkan oleh ujian kesihatan yang dijalankan terhadap pemain itu pada pagi Ahad di Medical Services Sports City.
"Warga Argentina itu akan diketepikan sekitar dua ke tiga minggu, yang akan pasti memaksanya terlepas dua perlawanan Barcelona minggu ini – Celtic pada hari Selasa dan Sabtu depan di Nou Camp berdepan Valladolid."
0 komen:
Catat Ulasan