PERMULAAN buruk Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terus menjadi topik hangat peminat The Red Devils.
Peminat, terutamanya di England tidak berpuas hati dengan prestasi hambar United sejak David Moyes mengambil alih kelab tersebut, musim ini.
Malah, ada peminat menuduh Moyes mahu mengubah United menjadi seperti Everton.
Paling tidak dapat diterima peminat, juara musim lalu itu tumpas mengejut 1-2 kepada West Brom di laman sendiri, Sabtu lalu.
Ketika ini United menghuni tangga ke-12 liga, kedudukan terburuk mereka dalam tempoh 24 tahun di saingan domestik.
Bagaimanapun, pemain sayap Portugal, Nani tampil mempertahankan Moyes.
"Saya harap peminat terus bersabar. Kejayaan tidak datang bergolek, lagipun perjalanan liga masih panjang.
"Anda harus mempercayai kami, seperti saya mempercayai rakan-rakan saya.
"Saya yakin United mampu bangkit kerana pasukan ini dibarisi pemain berkualiti," ujar Nani.
0 komen:
Catat Ulasan