11 Jul 2013

Khamis, Julai 11, 2013
#10
Tidak sahur  
Puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

#9
Sahur terlalu awal 
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

#8 
Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

#7 
Berbuka secara buffet sampai buncit
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

#6 
Membazar hingga membazir.
Lapar mata, setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

#5 
Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

#4 
Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar 
Rasulullah SAW setiap malam struggle untuk cari lailatul qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow..!

#3 
Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!

#2 
Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah tak guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

#1 
Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!

0 komen:

Catat Ulasan