Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ? | AGENSI Pentadbiran Angkasa dan Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi angkasawan.
Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.
Bagaimanapun, Dexter Anderson
tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA
tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang
angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.
Dalam suratnya bertulis,
“Saya dengar anda menghantar dua orang
ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur
tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di
masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”
Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’
Kanak-kanak itu gembira selepas NASA
membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi
sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa
jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat
Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.
Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter
begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari
NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.
Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.
Kanak-kanak British, mengidam untuk ke angkasa lepas seawal umur tujuh
tahun, anak-anak kita sibuk buat video dah bercinta seminggu, bagaimana
arah tujuan kita nanti??
0 komen:
Catat Ulasan