Sony dan Panasonic sedang bekerjasama untuk membangunkan Cakera Optik 300GB seterusnya membawa format cakera Blu Ray ke satu tahap yang lebih tinggi .
Perancangannya ialah menggunakan teknologi kedua-dua syarikat tersebut untuk membangunkan teknologi cakera optik berkapasiti 300GB menjelang tahun 2015. Blu Ray dua lapisan boleh menyimpan data sebanyak 50GB dan dengan menggunakan teknologi page notes, sistem Blu Ray Sony boleh mencapai kapasaiti 200GB.
Walaupun kedua-dua buah syarikat itu pernah berusaha secara berasingan untuk menghasilkan teknologi cakera optik sendiri, kali ini kedua-dua syarikat ini fokus untuk memperkenalkan satu standard baru dalam cakera optik berkapasiti tinggi.
Bagi sesetengah pihak, cakera optik sudah tidak lagi releven, namun, sifat cakera ini yang lebih lasak menjadikannya satu medium yang kukuh untuk menyimpan data dalam jangkamasa panjang. Ia bukan sahaja kalis air dan habuk, malah boleh menahan suhu dan kelembapan tinggi serta menyokong format-format cakera generasi sebelumnya.
Menurut satu kenyataan media, Panasonic dan Sony menjangkakan pengguna akan menggunakan cakera optik berkapsiti tinggi untuk menyimpan data dengan dipacu oleh jangkaan pertumbuhan pasaran simpanan data pada masa akan datang.
Walaupun kebanyakan penyedia kandungan beralih ke cloud untuk mengedarkan kandungan mereka, Sony dan Panasonic tetap yakin dengan cakera fizikal untuk menyimpan data. Cakera optik 300GB ini disasarkan kepada golongan professional.
Namun pengguna biasa juga boleh mendapat manafaat daripada teknologi ini memandangkan kebelakangan ini pengguna biasa banyak merakam video dan gambar dalam resolusi yang tinggi, menjadi perkara bijak untuk menyimpan salinan fizikal data-data dalam satu format yang selamat.
Dengan pengenalan video berkualiti 4K, format ini juga berguna untuk menyimpan fail-fail data yang besar hasil dari rakaman 4K. Walaupun Panasonic dan Sony tidak menyebutnya, namun jelas sekali ini merupakan salah satu matlamat utamanya dalam dunia audio dan visual.
Pioneer pernah menghasilkan cakera Blu Ray berkapasiti 400GB. Mungkin kedua-dua syarikat ini patut merujuk kepada Pioneer untuk mempercepatkan pembangunan cakera optik 300GB mereka.
0 komen:
Catat Ulasan