17 Jul 2013

Rabu, Julai 17, 2013
  Tahap Perghh!: ★★☆☆☆

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.

NONE  "Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan 
  balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang
  tidak boleh diajar," katanya.

  Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa
  bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat
  hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai
  pengajaran.

  "Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan.
  Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut  kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Pasangan itu sebelum ini menjadi sangat terkenal kerana mempunyai blog seks mereka sendiri serta memuatkan gambar aksi lucah mereka di blog itu dan kini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 18 orang balu, anak-anak pekerja Proton dan 53 anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Hidayah.

- Bernama

Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee ketika hadir rakaman temubual bersama stesen radio kumpulan media The Star pada 20 Oktober 2012
 
Gambar kontroversi yang menjadi kemarahan orang ramai

0 komen:

Catat Ulasan