31 Jul 2013

Rabu, Julai 31, 2013
 Google telah menambahkan fungsi baru pada aplikasi web Google Translate yang membolehkan pengguna-pengguna menginput tulisan dalam 45 bahasa berlainan untuk diterjemahkan.

Google telah menambahkan fungsi input tulisan ke aplikasi web Google Translate. Ia telah menambahkan fungsi ini kepada Android tahun lepas tetapi kini mana-mana pengguna pelayar web Chrome kini boleh menterjemah sebarang perkataan jepun hanya dengan menginputkan karekter Jepun itu pada ruang input aplikasi itu.

Fungsi mudah itu boleh diakses dengan memilih bahasa asal dan bahasa yang ingin diterjemahkan, kemudian memilih jenis input “handwrite” (tulisan) dan satu ruangan untuk menulis akan muncul di bahagian bawah seperti dalam gambar di atas. Tulis karakter yang ingin diterjemahkan menggunakan mouse dan tekan enter.

Tulisan tersebut kemudian akan diterjemahkan, jika anda menulis karekter tersebut dengan betul. Jika anda kuran pasti, terdapat beberapa cadangan karekter akan muncul di bawah bahagian input tersebut.

Fungsi ini adalah satu fungsi berguna sekiranya anda sedang belajar sebuah bahasa baru ataupun jika anda tak dapat potong dan tampal perkataan yang ingin anda terjemahkan. CUbalah fungsi ini sekarang di laman Google Translate.


0 komen:

Catat Ulasan