12 Jul 2013

Jumaat, Julai 12, 2013
 Tahap Perghh!: ★★★★☆


MELAKA: Polis Melaka mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab dalam konteks pencegahan jenayah.



Baru-baru ini melalui Program Community Policing, seorang lelaki yang berpakaian seperti watak adiwira terkenal 'Iron Man' secara sukarela membantu pihak polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah kepada orang ramai di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Menara Taming Sari, A' Famosa dan Dataran Pahlawan, Melaka.

Rata-rata pengunjung begitu teruja dengan kehadiran adiwira itu dan memuji pendekatan kreatif PDRM dalam memupuk sikap kerjasama antara polis dengan masyarakat dan mencegah dan membanteras jenayah.

Program tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu ACP Salehuddin Bin Hj Ab Rahman juga pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

0 komen:

Catat Ulasan