11 Jul 2013

Khamis, Julai 11, 2013
Tahap Perghh!: ★★★★★


Bagi peminat permainan video terutamanya Grand Theft Auto kini boleh bergembira kerana Rockstar Games telah menerbitkan trailer gameplay permain video GTA 5 dan percayalah, anda pasti takjub dengan trailer yang memaparkan bagaimana permainan tersebut dimainkan.


Dalam trailer terbaru ini, Rockstar Games telah menyajikan satu persembahan yang menunjukkan bagaimana pertukaran antara protagonis akan berfungsi, sukan yang boleh dimainkan ketika masa santai (golf, memburu dan tenis) serta bagaimana untuk menyesuaikan karekter dan kenderaan mengikut citarasa pemain.

Trailer tersebut juga memberi sedikit gambaran mengenai GTA Online, namun, Rockstar akan mengulas lanjut mengenai permainan itu pada masa akan datang.

Minggu lepas Rockstar Games mendedahkan sedikit maklumat mengenai permainan tersebut di mana ia menyebut permainan tersebut memerlukan ruang storan 8GB dan akan dipasarkan dalam 2 cakera DVD untuk Xbox. Ia akan dilancarkan pada 17 September untuk Xbox 360 dan PS 3, namun Rockstar masih berahsia mengenai versi Xbox One dan PC.

Berikut merupakan trailer gameplay permainan video GTA 5 :

0 komen:

Catat Ulasan