11 Jul 2013

Khamis, Julai 11, 2013
 Tahap Perghh!: ★★☆☆☆


Nampaknya Nokia mempunyai masalah kebocoran maklumat yang serious dengan kebocoran maklumat dan gambar berkaitan telefon pintar dengan kamera 41MP, Nokia Lumia 1020. Kini, sebuah forum mengenai Windows Phone mendedahkan gambar tablet Nokia pula.

Walaupun Nokia telahpun mengesahkan tablet tersebut lebih setahun lalu, gambar ini merupakan gambar prototaip pertama tablet 10.1 inci tersebut. Gambar tidak rasmi ini dibocorkan seorang pengguna forum WP Central dengan menyertakan spesifikasi.
Gambar pertama menunjukkan sebuah tablet yang menjalankan Windows RT yang kelihatan jelas pada skrinnya. Gambar kedua menunjukkan bahagian belakang sebuah tablet berwarna hitam dan mempunyai logo Nokia di tengah-tengahnya.



Tablet Nokia tersebut dikatakan dilengkapi pemproses Tegra 3 1.3GHz dengan 2 GB RAM dan sebuah touchscreen 10.1 inci 16 poin. Di bahagian tepinya pula terdapat port HDMI-out , port USB dan slot kad microSIM.
Samada ia akan dimuatkan dengan Windows 8 ataupun kekal dengan Windows RT tidak dapat dipastikan. Laporan mengatakan ia pernah dilihat dengan kedua-dua OS tersebut. Apa pun ia hanya akan diketahui apabila Nokia membuat pengumuman rasmi mengenai peranti tersebut atau apabila ada maklumat lajut dibocorkan.
Tetapi, mengikut sejarah, tablet Windows RT tidak mendapat sambutan yang diharapkan dan ada pengeluar yang memberhentikan pengeluarannya. Jadi, dari segi strategi pemasaran, lebih baik ia dimuatkan dengan Windows 8 berbanding Windows RT.
Walaubagaimanapun, dengan penggunaan pemproses Tegra 3, ia tidak sesuai digunakan dengan Windows 8. barangkali terdapat dua model tablet ini yang mempunyai dua set spesifikasi berbeza. Apa pun kita perlu tunggu dan lihat.

0 komen:

Catat Ulasan