2 Jul 2013

Selasa, Julai 02, 2013
Tahap Perghh!: ☆☆

Mozilla telah mengumumkan ia akan melancarkan platform berasaskan HTML5, Firefox OS di Eropah mulai hari ini. Jualan peranti Firefox OS akan bermula di Sepanyol dengan pelancaran ZTE Open yang ditawarkan oleh telco Movistar milik Telefonica pada harga 69 Euro.

Firefox OS akan menemui pengguna Eropah hari ini dan selai Telefonika, Deutsche Telekom juga akan turut sama melancarkan produk tersebut di Poland, namun tarikh tepat pelancarannya belum diketahui lagi.



Selain ZTE Open, pengguna juga mempunyai pilihan lain termasuk  Alcatel One Touch Fire dengan kedua-dua telefon pintar tersebut menawarkan spesifikasi rendah yang disertakan aplikasi asas seperti Twitter, Facebook dan HERE Maps.

Disasarkan kepada pengguna di negara membangun, Firefox OS direka untuk menawarkan telefon pintar berkos rendah yang berfungsi berasaskan HTML 5 dan walaupun ia dijangka akan menjadi popular di negara-negara membangun ini, ia mungkin sukar untuk menembusi pasaran negara mju seperti US dan UK.

Telefon pintar berasaskan Firefox OS akan menemui lebih ramai pengguna di timur dan tengah Eropah dalam bulan-bulan akan datang. Tetapi masih belum ada pengumuman rasmi bila ia akan menemui pengguna di Asia terutamanya Malaysia.

Persoalannya ialah adakah Malaysia, satu pasaran yang dikuasai Android dan iOS, sesuai untuk telefon pintar ini?


0 komen:

Catat Ulasan