22 Mac 2013

Jumaat, Mac 22, 2013
im Watch merupakan jam tangan pintar sebenar yang pertama di dunia. Jam tangan ini membolehkan anda melakukan perkara-perkara yang anda boleh lakukan pada telefon pintar tetapi dengan lebih mudah kerana dengan peranti ini berada di pergelangan tangan anda. Dengan kata lain, tangan anda bebas melakukan perkara lain.

Dengan menggunakan sambungan Bluetooth, anda boleh membuat panggilan, SMS, e-mel, baca notifikasi dan menggunakan mana-mana aplikasi terus dari pergelangan tangan anda.  im Watch bukan hanya sebuah jam tangan biasa di mana ia adalah peranti generasi terbaru yang memanafaatkan sepenuhnya penggunaan telefon pintar anda.

LIHAT VIDEO DIBAWAH >



Dengan jam tangan pintar ini anda boleh meninggalkan telefon di dalam poket anda, dalam beg tangan anda atau di atas meja anda tetapi masih boleh menggunakan fungsi pada telefon pintar tersebut.
Di samping itu, dengan teknologi Bluetooth bersepadu, anda boleh menghubungkannya juga kepada monitor kadar jantung, pedometer dan sensor lain. Dengan pelbagai aplikasi yang khusus untuk sukan dan kecergasan, jam tangan pintar ini boleh dikatakan sebagai rakan latihan yang sempurna.

Lebih menarik lagi, anda boleh membelinya melalui laman web i’m pada harga promosi iaitu USD349 (harga biasa USD449). Nampaknya, Apple sudah agak ketinggalan dalam perlumbaan menghasilkan jam tangan pintar.


0 komen:

Catat Ulasan