#1
Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.
#2
Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.
#3
Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.
#4
Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.
#5
Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.
#6
Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!
#7
Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.
#8
Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).
#9
Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.
#10
Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).
#11
Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!
#12
Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.
#13
Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.
#14
Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.
#15
Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!
0 komen:
Catat Ulasan