Barcelona yakin memperolehi Neymar apabila penyerang itu memutuskan
mahu meninggalkan Santos, menurut naib presiden kelab, Josep Maria
Bartomeu.
Neymar, 21, telah lama menjadi antara pemain muda paling berpotensi
dalam bola sepak dengan laporan lama menyebut Barcelona telah bersetuju
membeli pemain ini selepas Piala Dunia 2014 di Brazil.
Beliau telah menjaringkan 129 gol dari 209 penampilan untuk Santos dan memiliki 27 cap untuk Brazil dengan menjaringkan 17 gol.
Bartomeu memberitahu: "Dia diinginkan oleh separuh dunia. Apabila
dia berkata dia mahu tinggalkan Santos, kelab (Barca) akan cuba berada
di situ dan mendapatkannya."
0 komen:
Catat Ulasan