Kenaikan harga minyak sememangnya membebankan majoriti penduduk di
Malaysia ini. Jika golongan sederhana pun sudah merasa bahang kenaikan
harga minyak inikan pula golongan miskin. Bagi pengguna kenderaan
bertayar empat pula minyak adalah seperti air yang mengalir deras tanpa
henti. Namun sebagai pengguna yang berhemah kita haruslah mencari jalan
bagaimana menggunakan petrol dengan efisyen tanpa sebarang pembaziran. Dibawah ialah tips cara-cara hendak menjimatkan minyak petrol:
#1
Isi Minyak Waktu Malam/Pagi
Mengapa kita perlu mengisi minyak pada waktu malam atau pagi? Tahukah
anda sewaktu sejuk ia dapat mengurangkan lebihan haba daripada bercampur
dengan kandungan petrol seterusnya menjadikan kandungan gas adalah
lebih rendah berbanding ketika waktu panas.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Penuhkan Tangki
Apabila petrol tidak penuh dalam tangki, lebihan ruang akan memberi
peluang kepada petrol untuk tersejat dengan banyak. Sekaligus
menyebabkan petrol berkurang secara drastik.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Kurangkan Memecut
Sifirnya begitu mudah sekali, semakin dalam anda menekan pedal minyak maka semakin pantas minyak anda beredar dari tangki.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Servis Mengikut Jadual
Servis lah kenderaan anda mengikut jadual yang ditetapkan. Jika
perlu menukar penapis yang baru tukarlah kerana enjin perlu berada dalam
keadaan yang baik barulah minyak sentiasa jimat.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#5
Periksa Tekanan Angin
Tayar sebenarnya mempengaruhi penggunaan minyak. Jika kurang tekanan
maka semakin banyaklah tenaga yang akan digunakan untuk kenderaan anda.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Kurangkan Penggunaan Hawa Dingin [Air-cond]
Hawa dingin adalah sesuatu yang memakan tenaga paling besar tidak
kiralah di rumah atau dalam kenderaan. Jadi gunakanlah ia ketika perlu.
Buka tingkap jika keadaan luar memang sudah sejuk kecuali hujan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Kurangkan Muatan
Bagi yang selalu menyimpan barang-barang atau set golf dalam kenderaan
anda maka bolehlah menghentikannya. Kerana beban yang berat akan
menambah penggunaan petrol.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Elak Guna Gear Rendah
Sentiasalah peka dengan kelajuan yang sesuai dengan gear anda. Jika
kenderaan anda automatik pastikan anda meningkatkan halaju dengan kadar
segera dan kekalkan halaju yang sesuai.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Matikan Enjin Ketika Menunggu
Jika anda membiarkan enjin anda hidup tanpa pergerakan dalam masa yang
lama ia akan meningkatkan penggunaan petrol. Justeru matikanlah enjin ketika menunggu jika
anda ingin mengurangkan pembaziran.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Hanya Gunakan Kenderaan Untuk Ke Destinasi Jauh
Jika destinasi terlalu dekat seperti kedai runcit di perumahan anda, tidak perlulah anda menggunakan kenderaan. Cukup sekadar berjalan kaki atau berbasikal. Bukan sahaja menjimatkan, malah anda telah memberi faedah kepada alam sekitar dan juga tubuh badan anda sendiri.
0 komen:
Catat Ulasan