THAILAND - Pasar Di Tengah Landasan Kereta Api Thailand: Serius. Pasar Maeklong
yang terletak di Samut Songkram, Thailand merupakan pasar yang di
sifatkan antara yang unik dan merbahaya di dunia. Pasar ini sama sahaja
dengan pasar yang lain dengan menjual buah-buahan tempatan; durian,
mangga, lychee sayur-sayuran dan makanan tempatan termasuk makanan eksotik
(Katak). Tetapi keunikan yang ada pada pasar Maeklong ini akan mula
terserlah apabila bunyi siren di bunyikan oleh pusat kawalan kereta api
di sini. Para peniaga pasar malam akan menarik bahagian bumbung gerai
mereka bagi memberi laluan kepada kereta api yang melintas. Setelah
kereta api berlalu, peniaga akan menurunkan semula bahagian bumbung
gerai mereka dan perniagaan di teruskan seperti biasa. Landasan kereta
api yang di bina pada tahun 1905 menjalankan operasinya 7 kali sehari
selama 7 hari seminggu.
0 komen:
Catat Ulasan