8 Mac 2013

Jumaat, Mac 08, 2013

Filem terbaru Iron Man 3 akan ditayangkan di pawagam bulan April ini. Sepertimana anda ketahui, filem seperti ini menggunakan teknologi CGI tercanggih dan dibikin dengan bajet berjuta-juta dolar.

Tapi apa akan berlaku jika anda seorang yang kreatif dan tidak mempunyai bajet sebesar Iron Man 3 yang sebenar? Saluran Youtube CineFix telah membikin semula trailer Iron Man 3 dengan menggunakan bahan-bahan DIY (Do-It-Yourself). Trailer ini, walaupun serious, teramat lucu apabila dibikin semula sedemikian rupa.

Namun kreativiti pemilik saluran ini harus dipuji kerana bukan sahaja trailer itu dibikin semula, malah lagu latarbelakangnya juga dirakam semula menggunakan suaranya sendiri. Lihatlah video tersebut di bawah dan bandingkan dengan video trailernya yang sebenar.

LIHAT VIDEO DIBAWAH >


Trailer yang sebenar dan parodi dimainkan pada waktu yang sama [Timing yang sgt tepat!]:
 


0 komen:

Catat Ulasan