Peninjau bakat Manchester United serius memerhatikan aksi
bintang Porto dan Colombia, James Rodriguez dalam perlawanan menentang
Rio Ave baru Sabtu lalu sambil kelab berkira-kira mendapatkan pemain
sayap tersebut.
Rodriguez merupakan antara prospek terhangat dari Colombia. Pemain
berusia 21 tahun itu telah pun dipuji sebagai 'Carlos Valderrama baru',
'Cristiano Ronaldo Amerika Selatan' dan Nani vary.
United meningkatkan usaha mereka mengejar Rodriguez namun dikejutkan dengan permintaan harga yang cukup tinggi.
United bertanya tentang kos dan mereka diberitahu perlu membayar
£24 juta untuk menebus kontrak pemain tersebut. Namun selepas itu,
klausa tersebut telah diselaraskan menjadi sehingga £36 juta.
0 komen:
Catat Ulasan