6 Mac 2013

Rabu, Mac 06, 2013

Real Racing 3 merupakan edisi ketiga permainan perlumbaan kereta yang popular untuk iOS dan Android. Ia merupakan permainan perlumbaan paling realistik dan menyeronokkan bagi peranti mudah alih.

Kedua-dua edisi terdahulu permainan video perlumbaan kereta ini popular di kalangan pengguna iOS dan Android, namun dalam edisi terbaru ini, ramai yang kurang selesa dengan model permainan “freemium” ini berbanding dahulu di mana anda perlu membelinya sekali sahaja untuk bermain permainan ini sepenuhnya.

LIHAT VIDEO DIBAWAH>


Real Racing 3 memberikan pengalaman perlumbaan terbaik antara permainan-permainan untuk peranti touchscreen. Semua aspek dalam permainan ini baik grafiknya mahupun enjin fiziknya menenggelamkan anda ke dalam pengalaman perlumbaan yang realistik dan mendebarkan.

Anda mempunyai beberapa pilihan cara kawalan kereta termasuk menggerakkan peranti seperti stereng atau menggunakan stereng sedia ada pada skrin untuk mengawal kenderaan anda.


Fungsi Driver Assist juga boleh membantu anda brek, mengawal dan mengemudi kereta jika anda belum membiasakan diri bermain permainan ini dan jika anda sudah mahir, anda boleh mematikan fungsi ini dan bermain seperti seorang profesional.

Dalam permainan ini, motif utama anda adalah memenangi perlumbaan untuk mendapat hadiah wang tunai maya dan “Fame Points”. Wang maya membenarkan anda membeli kereta baru atau menaiktaraf kereta sedia ada. Fame Points membantu anda meningkat ke tahap yang lebih tinggi di mana anda boleh mendapat bonus berupa wang maya pada setiap tahap.

Setelah anda mengumpul wang maya yang secukupnya, tentunya anda ingin menaik taraf kereta anda kerana semakin lama anda bermain, semakin mahir pihak lawan anda. Pilih dari peningkatan enjin, Drivetrain, brek dan tayar, setiap satunya boleh memberi kelebihan pada kereta anda dalam perlumbaan.

Di sinilah model permainan “freemium” memain peranan. Setiap kali anda menaiktaraf kereta, anda perlu menunggu untuk sejumlah masa untuk kerja-kerja naik taraf itu disiapkan. Menukar minyak enjin hanya mengambil masa 15 minit, tapi kerja-kerja lebih kompleks mengambil masa lebih panjang.

Di sini anda boleh memilih untuk menutup aplikasi dan menunggu masa yang ditetapkan, atau menggunakan wang maya untuk mengelakkan masa menunggu tersebut. Namun, sekiranya wang maya anda adalah terhad dan jika anda mahu lebih banyak lagi, anda perlu membelinya menggunakan wang sebenar.


Keputusan
Real Racing 3 merupakan permainan yang baik. Jika bukan kerana model freemiumnya, ia tentu mendapat gelaran permainan video terbaik untuk peranti touchscreen. Untuk mendapat keseronokkan maksima daripadanya tanpa risau tentang membazirkan terlalu banyak wang sebenar, strategi menunggu dan membeli wang maya yang betul harus digunakan.

Permainan ini boleh didapati secara percuma di App Store dan Google Play.

Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ea.games.r3_row

0 komen:

Catat Ulasan