8 Mac 2013

Jumaat, Mac 08, 2013

Awal tahun ini para saintis mengumumkan mereka berjaya menangkap video Architeuthis atau sotong gergasi buat pertama kali di dunia. Untuk pengetahuan anda sebelum ini sotong gergasi ini yang sebesar rumah 2 tingkat ini dianggap hanya mitos atau cerita dongeng yang diceritakan para kelasi yang berlayar di laut.

Perbandingan saiz sotong gergasi dan manusia

LIHAT VIDEO DIBAWAH >

Penemuan ini sekaligus membuktikan sotong gergasi benar-benar wujud di dasar laut. Dalam video di bawah, Edith Widder, saintis yang bertanggungjawab mencari sotong ini, menceritakan bagaimana dia dan ahli pasukannya berjaya mencarinya dan masalah-masalah yang wujud.

Ia berkisarkan teknologi moden, pemahaman mendalam mengenai biologi, sikap tidak putus asa dan sedikit tuah yang berpihak kepada mereka. Perhatikan teknologi yang digunakan untuk mengumpan sotong itu.




0 komen:

Catat Ulasan