#1
Senyum Elok Untuk Tubuh
Senyum Elok Untuk Tubuh
Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43
otot muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot
sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan
tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan
anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga
20%.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Senyum Ertinya Manusia
Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum
bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku
sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan
senyum pada 2 atau 3 jam selepas lahir.
------------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Wanita Lebih Gemar Senyum
Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding
lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian
ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya dan di
tempat yang sama kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas
Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum.
Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung
kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah. Secara umum kita
boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#5
Kecantikan Lahir Daripada Senyum
Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah
pelajar yang paling menarik? Masing-masing menuding jari ke arah mereka
yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan
menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan
semata-mata.
---------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Senyum Panjangkan Hayat
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila
seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu
dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh
mencapai 7 tahun lebih.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman
Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang
mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling
erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah
orang di sekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan
membentuk hubungan positif.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Senyum Tingkatkan Hormon Gembira
Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon
yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan
bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan
tekanan dalam badan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Lawan Demam Dengan Senyuman
Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Senyum Itu Wabak
Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang
terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut
apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi
tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk
senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda.
0 komen:
Catat Ulasan