Apa akan terjadi jika basikal digabungkan dengan motosikal? Tentunya ia
akan menjadi PiCycle. Kenderaan canggih ini merupakan sebuah basikal
hybrid yang dikuasakan oleh tenaga masnusia dan elektrik.
Dengan menggunakan PiCycle Limited, mengikut mood anda pada hari itu,
anda boleh memilih berapa banyak tenaga yang anda ingin gunakan dengan
memilih untuk mengayuh basikal atau menunggang motosikal atau
kedua-duanya sekali. Tetapi berbeza dari motosikal, ia tidak melepaskan
apa-apa gas berbahaya dan menggunakan kurang dari 200 paun CO2 – jumlah
yang sama pada mesen pengering rambut. Direka oleh PiMobility, syarikat mesra alam ini mereka dan membina basikal ini khas untuk penunggang abad ke 21.
LIHAT VIDEO DIBAWAH >
Kemudahan adalah perkara paling penting dalam PiCycle, dan semua basikal ini boleh dicas menggunakan soket tenaga domestik biasa. Bagi menambahkan lagi praktikaliti basikal ini, ia dilengkapi pengecas untuk peranti seperti telefon bimbit, alat GPS, speaker dan kamera.
Selain mempunyai tunggangan yang lancar, ia juga menawarkan penunggan aplikasi telefon pintar yang memaparkan paparan kelajuan, jumlah cas yang tinggal dan efisyensi, serta mengingatkan penunggang waktu untuk servis basikal ini.
Setakat ini PiMobility hanya memasarkan basikal ini di Amerika dan belum lagi ada berita jika mereka ingin memasarkannya di luar Amerika. Barangkali kerana produksi basikal ini yang terhad.
0 komen:
Catat Ulasan