17 Apr 2013

Rabu, April 17, 2013
Rumah kapal Benson Ford ialah sebuah kapal yang digubah suai menjadi sebuah rumah di Tasik Erie Amerika Syarikat. Ia memulakan hidupnya sebagai kapal kargo mengangkat bijih besi untuk syarikat kenderaan Ford Motors pada tahun 1924. Selepas bertugas selama lebih 50 tahun, Benson Ford "bersara" dari tugasan hariannya pada tahun 1981. Pada tahun 1986 selepas beberapa tahun terbiar, bahagian hadapan kapal kargo ini dipotong dan diubah menjadi sebuah rumah oleh pemilik barunya Frank Sullivan. Benson Ford kini menjadi rumah musim panas keluarga Sullivan sebesar 7000 kaki persegi. Ia mempunyai 5 buah bilik, sebuah dewan makan, garaj kereta dan dek tinjauan yang mengekalkan rupa asal kapal ini ketika ia masih beroperasi. Cool house!



0 komen:

Catat Ulasan