19 Apr 2013

Jumaat, April 19, 2013
#10 Info ringkas menemui anda pada setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT sahaja.


#1
Ikan tiada waktu tertentu untuk tidur. Spesis laut itu akan tidur apabila mendapati keselamatan dirinya terkawal. Ia hanya mengambil masa yang singkat kerana ketika itu ia seolah-olah mati atau tidak bergerak.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Ibarat pengesan radar bergerak, otak wanita dikatakan mampu untuk menyatukan setiap kata-kata yang diucapkan dengan kesesuaian bahasa tubuh. Jadi, mereka boleh merasai sekiranya seseorang itu sedang bercakap bohong.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media, terutamanya televisyen (TV). Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton TV, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.


---------------------------------------------------------------------------------------------

#5
Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Ratu anai-anai boleh hidup selama 50 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Gurun terluas di dunia, Gurun Sahara terletak di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bemaksud liar atau terbiar.




0 komen:

Catat Ulasan