LIVERPOOL - Penyerang Liverpool, Luis Suarez yang berdepan hukuman berat gara-gara menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic akhirnya membuat pengakuan bahawa dia lebih memerlukan bantuan bagi mengawal kemarahannya.
Namun, bintang kontroversi Liverpool itu menegaskan, dia tidak sepatutnya dikenakan hukuman pergantungan yang panjang selepas melakukan kesalahan membenam giginya ke lengan Ivanovic.
Suarez, kelmarin menerima tuduhan yang dikenakan ke atasnya tetapi pada masa yang sama menolak dakwaan FA bahawa standard hukuman pengantungan tiga perlawanan sedia ada tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Suruhanjaya Peraturan Bebas yang dianggotai tiga orang panel mengadakan sidang video bagi memutuskan hukuman tersebut.
Bauza mendedahkan: "Luis telah menunjukkan keikhlasan bahawa dia amat kesal dengan apa yang dilakukan. Dia sedar yang dia telah membuat kesilapan dan memberitahu saya dia mahu berubah dan bersedia menerima pertolongan.
"Memang tidak diragui Luis telah melakukan kesilapan. Tetapi kita perlu bantu dia belajar menghormati tata laku yang digariskan dalam bola sepak.
"Saya yakin dengan menghukum tidak mencukupi. Seluruh warga bola sepak perlu membantunya seperti mana dia menyumbang kepada sukan itu, dengan menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia. Hukuman sedia ada hanya akan menghalangnya daripada beraksi di atas padang."
Peguam Liverpool, Natalie Wignall telah bertemu dengan Suarez, 26 dan wakilnya, kelmarin tetapi pihak atasan Kop bersiap sedia menghadapi penggantungan sehingga 10 perlawanan.
Reds boleh menentang keputusan Persatuan Bola Sepak (FA) England itu, tetapi jika rayuan tersebut dianggap tidak serius hukuman mungkin ditambah. - Agensi
0 komen:
Catat Ulasan