17 Apr 2013

Rabu, April 17, 2013
#10 Info ringkas menemui anda pada setiap hari ISNIN, RABU dan JUMAAT sahaja.


#1
Tasik Baikal di Siberia, adalah tasik paling dalam di dunia. Kedalamannya mencecah 1,637 meter.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Penyu Belimbing adalah spesis penyu terbesar di dunia. Saiznya boleh mencapai 2 meter panjang dan beratnya melebihi 500 kilogram.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Najis daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik mencukupi untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama 5 jam.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.


---------------------------------------------------------------------------------------------

#5
Tahukah  anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna 'Yoshida Kogyo Kabushibibaisha' iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip seluar anda sekarang.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Ramoji Film City, Hyderabad. Studio perfileman terbesar di dunia terletak di India. Ia berukuran 1,666 keluasan padang bola dan kebanyakan filem Bollywood di lakukan di situ.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Umang-umang adalah sejenis spesis ketam yang tidak mempunyai kulit yang keras untuk melindungi badannya yang lembut. Oleh yang demikian ia mengunakan kulit siput yang kosong sebagai sarangnya, malah membunuh siput untuk tinggal di dalamnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Kelenjar dikaki rusa akan meninggalkan bau dijejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Adolf Hitler seorang Fuhrer (ketua) Jerman yang mengasaskan NSDAP (NAZI) dan The Third Reich di Jerman. Tetapi, beliau bukan lahir di Jerman sebaliknya di Austria. Negara jiran Jerman.




0 komen:

Catat Ulasan