23 Apr 2013

Selasa, April 23, 2013

MANCHESTER United (MU) dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20 selepas Robin Van Persie menjaringkan hatrik untuk menewaskan Aston Villa 3-0 di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kemenangan itu membuatkan MU menjadi pasukan pertama yang berjaya merampas semula piala EPL setelah dimenangi Manchester City musim lalu. Kejuaraan liga ke-20 itu miliknya meskipun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi. Ia juga kejuaraan liga ke-13 Alex Ferguson sebagai pengurus dan Ryan Giggs sebagai pemain paling lama bersama United.

Ketika saingan liga berbaki empat perlawanan, MU kini gah di tangga teratas dengan 84 mata - kelebihan 16 mata di depan Manchester City dan ia hanya sebagai pelengkap dan rekod untuk MU memintas jumlah 95 mata yang dimiliki Chelsea bersama Jose Mourinho.

Malah kejuaraan itu lebih bermakna apabila penyerang sensasinya yang menyarung jersi nombor 20 bagi kemenangan EPL ke-20, Robin van Persie mencatat hatrik keduanya musim ini. Dalam perlawanan itu, Van Persie menjaringkan gol pada minit kedua, ke-13 dan ke-33.

Difahamkan trofi EPL akan diserahkan pada perlawanan terakhir di Old Trafford semasa pertemuan dengan Swansea bulan depan.
 LIHAT VIDEO DAN IMEJ DIBAWAH >


Video perlawanan dan meraikan kemenangan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video Evra perli Suarez semasa meraikan kemenangan







0 komen:

Catat Ulasan