26 Apr 2013

Jumaat, April 26, 2013

#10 Info ringkas menemui anda pada setiap hari ISNINRABU dan JUMAAT sahaja.


#1
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Kebanyakkan debu yang berterbangan didalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


---------------------------------------------------------------------------------------------

#5
Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.



0 komen:

Catat Ulasan