15 Apr 2013

Isnin, April 15, 2013
Mulai hari ini, #10 Info ringkas akan menemui anda pada hari ISNIN, RABU dan JUMAAT sahaja.


#1
Kucing tidak boleh merasa rasa manis


---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.


---------------------------------------------------------------------------------------------

#5
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km


---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku yang pernah dicatitkan.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.


---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun pula ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.




0 komen:

Catat Ulasan