PULAU PINANG - Tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya, di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan. Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lalu, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.
LIHAT VIDEO DIBAWAH >
Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai. "Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lalu kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak
menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit. Bagaimanapun,
beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan
berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana
kesalahan merusuh.
0 komen:
Catat Ulasan