25 Apr 2013

Khamis, April 25, 2013
Honda NSX yang menjadi icon klasik kereta sport dan dihentikan pengeluarannya pada tahun 2005 kini kembali dengan sebuah kereta hybrid sport berteknologi tinggi. Tempahan dibuka untuk Honda NSX baru, namun ia hanya akan menemui pembeli pada tahun 2015.


Kereta hybrid yang berkuasa 400hp ini dilengkapi engin 3.5 liter V6 dan sepasang motor elektrik pasti cukup untuk membuatkan anda merasa seperti Michael Schumacher atau Sebastian Vettel.
Menariknya, sistem hybrid pada Honda NSX baru ini lain daripada yang lain. Enjin V6nya memacu roda belakang manakala dua motor elektriknya memacu kedua belah roda hadapan. Sistem pacuan pintar ini dinamakan Super-Handling All-Wheel Drive atau SH-AWD.


Agak menarik kerana kereta ini dibangunkan dan dibuat di Amerika Syarikat walaupun ia akan dijual di UK.
Menurut Phil Crossman, pengarah urusan Honda UK, kereta tersebut telahpun menerima 20 tempahan walaupun masih terdapat 2 tahun lagi sehingga kereta ini dilancarkan. Itu pun sebelum harga kereta diumumkan dan tiada siapa pun melihat produk akhir.
Sesiapa sahaja boleh ke wakil penjualan Honda dan membuat tempahan untuk kereta tersebut.

Menurut AutoExpress magazine, anda perlu membayar GBP5,000 untuk meletakkan nama anda dalam senarai menuggu. Honda bagaimanapun, masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai harga kereta ini.
Tidak banyak diketahui mengenai teknologi yang digunapakai dalam pembangunan Honda NSX yang dilengkapi sistem hybrid petrol-elektrik ini. Apa yang pasti, ia pastinya akan dibandingkan dengan model aslinya yang dibangunkan dengan kerjasama lagenda F1 Aryton Senna yang mula dijual pada tahun 1990 dan bertahan selama 15 tahun.











0 komen:

Catat Ulasan