#7 Menarik menjelang pertemuan Man United vs Aston Villa pada pagi ini, jam 3.00 pagi
#1
Menurut SAF skuad kali ini merupakan yang terbaik selepas skuad 1994, 1999 dan 2008 andai berjaya memenangi Liga dengan selesa.
#2
Walaupun telah memenangi Liga sebanyak 12 kali (era SAF), hanya dua kali sahaja United berjaya memenanginya dihadapan penyokong sendiri, iaitu pada 1999 dan 2009.
#3
United hanya tewas sekali daripada 34 pertemuan terakhir mereka dalam Liga menentang Villa. Ini satu petanda yang tidak baik buat Aston Villa yang berada di zon penyingkiran.
#4
SAF dijangka menurunkan skuad terkuat untuk perlawanan ini kerana ingin menamatkan penantian menjulang piala serta United tidak mempunyai apa-apa lagi perlawanan penting selepas ini.
#5
Jika Wayne Rooney beraksi malam ini, ia akan menjadi penampilan ke-400 beliau bersama United.
#6
Paul Scholes yang diketepikan kerana masalah lutut dan akan bersara pada musim panas berasa bertuah kerana diberi peluang telibat didalam skuad juara musim ini.
#7
Menurut media di England, kekalahan City kepada Spurs menguatkan lagi tanggapan yang sesungguhnya, pemain City hanya sibuk mengejar wang manakala anak buah Sir Alex Ferguson sibuk membuat sejarah.
0 komen:
Catat Ulasan