17 Apr 2013

Rabu, April 17, 2013

Anda pasti selalu melayari laman-laman web di internet, rasanya mesti anda sering terserempak dengan iklan banner di internet. Bagi pemilik laman web, iklan banner ini adalah antara salah satu cara untuk mereka menjana pendapatan.

Antara penyedia iklan banner yang paling popular ketika ini di Malaysia ialah Google Adsense, Nuffnang, Innity dan sebagainya . Di blog ini juga anda boleh lihat iklan banner yang dipasang (hint: klik, klik, hehe). Tapi pernahkah anda melihat iklan banner di internet yang pertama diterbitkan di dunia?

Ya, iklan banner pertama di internet memang kelihatan sangat spam

Di atas adalah iklan banner di internet yang pertama sekali diterbitkan pada tahun 1994 yang lalu. Ianya direka oleh Joe McCambley, pengasas bersama sebuah syarikat penjenamaan di New York, The Wonderfactory. Iklan ini ditaja oleh syarikat AT&T dan pertama sekali disiarkan pada Oktober 1994 untuk mempromosi tujuh buah muzium seni. Ianya dipasang di laman web HotWired.com dan kadar iklan ini diklik adalah sebanyak 44% (banyak juga tu!).

Dan begitulah sejarah iklan banner di internet bermula, yang ketika ini telah berjaya menjana pendapatan berbillion-billion US Dollar kepada setiap pemilik laman web di alam maya. Ianya bukan sahaja murah, malahan perkembangan iklan jenis ini telah menyebabkan beberapa syarikat pengiklanan tradisional jatuh merudum dan muflis.

Mungkin ramai yang tidak suka dengan iklan seperti ini di internet, namun ianya terus wujud sehingga ke hari ini. Dari iklan yang berbentuk professional hinggalah yang kelihatan seperti spam. Dari iklan mempromosi parti politik hinggalah ke yang mempromosi ubat kuat dan ubat memanjangkan bahagian tertentu di tubuh badan, hehe. Namun tak mustahil satu hari nanti penggunaan iklan seperti ini akan semakin berkurangan dan diganti dengan medium baru yang lain pula.


0 komen:

Catat Ulasan