Jom kita baca asal usul nama Rock Kapak daripada blog 10tinsardin. Kenyataan yang selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali disalah fahamkan.
Tapi kajian menunjuk kan bahawa, "Rock Kapak" itu bermula dari perkataan "Rock kapa" (tanpa "K" pada hujung perkataan.) "Rock kapa" adalah singkatan dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan Bahasa Inggeris: "You rock? or what?")
Di zaman kegemilangan rock dulu, kalau pergi tengok konsert rock, dimasa pembukaan konsert pasti vokalis kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton:
"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!" (how are you guys? you want to rock or what??)
Jadi, dari situlah bermulanya perkataan "kapa" dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu. Dalam ayat-ayat perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ada diselitkan demi mencerminkan jiwa & sanubari seseorang rocker itu.
Apabila kita nampak member pakai style sikit, kita mesti puji...
"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"
ATAU, kalo kita nak tegur member yang tengah jalan sorang...
"Dengar walkman sorang lagu rock kapa??"
ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie ehemm ehemm.
"Fewwwiittt...jamboo minah nih. rock kapa??"
Jadi, perkataan rock & kapa memang tak boleh dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu. Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu mulut ke satu mulut mat rock yg lain.
Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta mulut ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pun bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asalnya telah hilang.
Maka, dari situlah sebutan "Rock kapa" telah bertukar menjadi "Rock Kapak".
Jadi, sebagai penutup, perkataan "Rock Kapak" itu terbit dari sebutan dan pendengaran yang salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.
0 komen:
Catat Ulasan