Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi
dari waktu lain, oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh
badan anda.
Jika anda mandi pada waktu pagi sebelum matahari terbit, ia bukan sahaja
membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan
anda. Mandi pagi dengan air sejuk mempunyai 6 manfaat, antara manfaatnya ialah:
#1
Kulit lebih lembut dan halus.
Pada waktu pagi selalunya anda akan
memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan
menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam
di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan
pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat,
kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
#2
Melancarkan peredaran darah.
Jika peredaran darah anda lancar
maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda
juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
#3
#3
Meningkatkan kesuburan.
Kesihatan tubuh badan manusia akan
mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia
dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen
untuk wanita.
#4
#4
Mengurangkan risiko darah tinggi.
Untuk anda yang memiliki
penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda
mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
#5
#5
Mengurangkan tekanan serta tenang.
Air yang sejuk akan
melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda
yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
#6
#6
Meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air sejuk, ia akan
meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah
putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan
virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang
penyakit
0 komen:
Catat Ulasan