Peminat-peminat Xbox terutamanya peminat permainan video FIFA 14 diharap bersabar kerana Microsoft sekali lagi telah melakukan kesilapan menjelang pelancaran jualan Xbox One. Ia mengumumkan pula permainan itu hanya akan didatangkan bersama-sama tempahan Xbox One hari pertama.
Dengan pengumuman ini, bermakna muat turun digital tidak akan disertakan dengan tempahan kosol permainan video itu yang dibuat dari Eropah, seperti yang diumumkan pada acara Gamescom baru-baru ini.
Berita ini datangnya dari pengurus pemasaran media sosial Xbox Eropah, Graeme Boyd, dalam satu pos Twitter yang mengatakan di mendapat beberapa soalan daripada pengguna dan ingin membuat penerangan bahawa FIFA 14 hanya akan disertakan dengan tempahan Xbox One hari pertama sementara stok masih ada .
Xbox One hari pertama sangat unik. Wakil jualan besar seperti Amazon.com juga telah kehabisan alat konsol edisi khas itu membuatkan para gamers sangat marah. Tidak jelas samada ia adalah sebuah pertukaran polisi Microsoft ataupun kesilapan dalam pengumuman asal pada acara Gamescom.
Boyd kemudiannya mengesahkan bahawa sesiapa yang mempunyai kod muat turun FIFA 14 dan tidak menggemari permainan tersebut boleh memberikannya kepada sahabat lain. Tetapi, kami tidak pasti itu dapat meredakan kemarahan para gamers terhadap Microsoft.
Microsoft dihantui pelbagai masalah dan kesilapan yang berlaku berkaitan konsol permainan video generasi terbarunya, Xbox One, bermula dengan masalah konsol itu perlu sentiasa atas talian untuk dimainkan hingga kesilapan pengumuman muat turun percuma FIFA 14.
0 komen:
Catat Ulasan