Telefon pintar Nokia Lumia 1020 yang terkenal dengan kamera 41MPnya, kini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 10 September. Kini para penggemar fotografi di Malaysia akan boleh mendapatkan telefon pintar yang penuh dengan fungsi-fungsi fotografi.
Nokia Lumia 1020 dilengkapi skrin 4.5-inci 1280×768 AMOLED denganGorilla Glass 3. Ia dikuasakan pemproses dual-core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon yang disokong 2GB RAM Serta ruang storan sebanyak 32GB dan bateri 2,000mAh. Agak Mengejutkan, dengan ciri-cirinya yang canggih, telefon pintar ini lebih ringan daripada model Lumia 920 pada 158g berbanding 185g bagi model Lumia 920. Ia mempunyai ketebalan 10.5mm dan menyokong rangkaian 4G LTE.
Tetapi senjata utama telefon pintar ini adalah kamera 41MP dengan apatur 1/1.5 yang dilengkapinya. Kamera ini 5 kali lebih besar daripada kamera telefon pintar biasa. Dengan sensor imej yang besar, digabungkan dengan lensa 6 elemen Carl Zeiss, penstabilan imej optikal dan juga aplikasi pemprosesan imej Nokia yang berkuasa, ia menjanjikan prestasi foto yang unggul walaupun dalam situasi yang mencabar dan kuran bercahaya.
Nokia Lumia 1020 dijangka akan dilancarkan di Malaysia bersama-sama sekurang-kurangnya satu telco, jadi peminat telefon ini boleh membelinya dengan kontrak. Walaubagaimanapun, Nokia Malaysia tidak pula mendedahkan harga peranti ini. Mungkin dengan penawaran pakej Lumia 1020 pada harga diskaun berserta aksesori pemegang kamera di US, Nokia Malaysia sedang merumuskan satu pakej yang setanding dengannya untuk dilancarkan di Malaysia. Semuanya akan terjawab pada 19 September.
0 komen:
Catat Ulasan