Lebih dua tahun lalu, Nokia telah menandatangani perjanjian dengan Microsoft untuk mengeluarkan secara eksklusif telefon pintar yang menjalankan sistem pengoperasian Windows Phone. Bagi sesetengah pihak, pembelian divisyen peranti dan perkhidmatan Nokia oleh Microsoft seperti tidak dapat dielakkan memandangkan dedikasi yang ditunjukkan Nokia kepada OS Windows Phone.
Pembelian ini turut memperlihatkan Microsoft mendapat hak kepada semua paten Nokia di samping perlesenan dan penggunaan perkhidmatan pemetaan Nokia.
Namun pengambil alihan itu bukan suatu yang murah. Microsoft terpaksa membayar USD 5 Billion untuk membeli divisyen peranti dan perkhidmatan dan USD 2.4 Billion untuk hak kepada paten-paten Nokia. Urusniaga ini dijangka akan dilengkapkan dalam suku pertama 2014, jika mendapat persetujuan para pemegang saham dan agensi kawal selia.
Dengan urusniaga ini perjanjian perlesenan paten Nokia sah selama 10 tahun dari tarikh perjanjian ditandatangani dan merangkumi juga perjanjian yang ditandatangani antara Nokia dan Qualcomm. Perlesenan Nokia HERE pula sah selama 4 tahun sahaja, namun, dalam perjanjian tersebut, Nokia dibenarkan menggunakan paten Microsoft dalam perkhidmatan pemetaan HERE.
Jadi apakah akan terjadi selepas pengambilalihan ini? Adakah kita akan memperlihatkan peranti-peranti baru dari Microsoft dengan lebih kerap? Atau adakah pengambilalihan ini akan gagal dan mengakhiri kebangkitan Nokia dalam arena teknologi? Hanya masa akan menentukannya.
0 komen:
Catat Ulasan