Bekas pengawal peribadi Diktator Nazi Adolf Hitler yang juga merupakan saksi terakhir ketika zaman pemerintahan Hitler meninggal dunia pada Khamis lepas.
Rochus Misch, menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Berlin ketika sedang dalam pemulihan akibat serangan jantung, menurut Michael Stehle, pemilik hak sebuah buku karya Misch memberitahu AFP.
Misch adalah di antara mereka yang bersama pemimpin Nazi itu di dalam sebuah bilik bawah tanah ketika Hitler membunuh diri beberapa hari sebelum askar Jerman menyerah kalah dalam Perang Dunia ke-2.
Dalam satu temubual pada tahun 2005 dengan AFP, Misch menceritakan semula bagaimana beliau melihat Nazi dan isterinya Eva Braun mati di dalam bilik bawah tanah mereka di bandar Berlin.
“Ketika itu Hitler sedang duduk di meja dan badannya tertiarap di atas meja dan Eva Braun terbaring kaku di sebelahnya, dan saya melihatnya dengan mata saya sendiri,” katanya.
Dua hari selepas itu ketika umurnya 27 tahun lari dari bilik bawah tanah itu di mana beliau turut bekerja sebagai operator telefon pada 2 Mei 1945 ketika tentera Soviet sudah mula menyerang Berlin.
Dia ditangkap sebagai tebusan perang oleh tentera Soviet dan ditahan sehingga 1953.
Buku tulisannya bertajuk “The Last Witness” (Bahas Jerman : Der Letzte Zeuge) tahun 2008 menjadi hangat dan menjadikan Misch tumpuan dunia ketika itu.
Menurut Stehle, buku itu edisi terjemahan Bahasa Inggeris akan berada di pasaran bulan depan.
Misch sebenarnya mendapat latihan sebagai tukang cat rumah sebelum menyertai SS dan semenjak tahun 1940 beliau merupakan sebahagian dari pegawai pengiring Hitler.
Selepas dibebaskan dari tahanan perang, Misch kembali bekerja sebagai tukang cat.
Beliau pernag memberitahu laman berita Spiegel pada 2007, ketika pertama kali bertemu Hitler, diktator itu bukanlah seorang yang jahat.
“Hitler berdiri di depan saya sebagai seorang lelaki normal, dan bertutur dengan kata-kata yang baik,” katanya.
0 komen:
Catat Ulasan