2 Sep 2013

Isnin, September 02, 2013
Menjelang acara IFA 2013 minggu ini, LG telah mengumumkan lebih awal tablet terbarunya LG G Pad 8.3 yang disasarkan untuk bersaing dengan tablet-tablet bersaiz 8 inci keluaran Samsung dan Apple.

Seperti dibayangkan pada namanya tablet LG G Pad 8.3 dilengkapi skrin bersaiz 8.3 inci yang berkeupayaan memaparkan imej pada resolusi HD penuh 1920 x 1200 piksel. LG mendakwa tablet ini merupakan tablet HD penuh bagi tablet dalam kategori 8 inci.

Tablet ini mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan telefon pintar LG G2 yang dilancarkannya baru-baru ini. Tablet ini dilengkapi pemproses 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 600, 2GB RAM dan ruang storan 16GB. Ia menjalankan Android 4.2.2 Jelly Bean.

LG juga menjanjikan sebuah aplikasi baru pada tablet itu yang dipanggil Qpair. Aplikasi ini membolehkan pengguna menguruskan panggilan dan mesej pada tablet ini dengan memasangkannya dengan telefon pintar berasingan.

LG mengumumkan akan mula menjual tablet ini di US dan Eropah dalam suku keempat tahun ini, namun ia tidak pula mengumumkan harga peranti ini. Mungkin ia akan mendedahkan lebih banyak informasi pada acara IFA 2013 minggu ini.

Sepertimana dalam dunia telefon pintar, Tablet LG G Pad 8.3 ini akan menghadapi persaingan hebat dari tablet keluaran Apple dan Samsung.

Apple dikhabarkan akan mengeluarkan tablet iPad Mini 2 menjelang penghujung tahun ini, manakala Samsung Galaxy Note 8.0 merupakan salah sebuah tablet yang berpotensi untuk memberi persaingan sengit kepada tablet LG itu


0 komen:

Catat Ulasan