21 Sep 2013

Sabtu, September 21, 2013

Tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan OS berikutan pelancaran iOS 7 tempoh hari dan Android KitKat tidak lama lagi, Canonical akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran sistem pengoperasian (OS) peranti mudah alihnya, Ubuntu Touch. OS terebut akan dilancarkan pada 17 Oktober.

Canonical, syarikat yang gagal dalam pelancaran projek Ubuntu Edge baru-baru ini mendedahkan bahawa pada 17 Oktober in, syarikat itu akan melancarkan OS peranti mudah alihnya, Ubuntu Touch. Ia akan dilancarkan bersama-sama Ubuntu Linux 13.10, versi terbaru Ubuntu untuk komputer desktop.
Dalam sebuah  pos, pengarah komuniti QA Canonical, Nicholas Skaggs menulis tentang sasaran syarikat itu untuk mengeluarkan sebuah installer Ubuntu Touch yang boleh dimuat turun. Beliau menulis pada 17 September, “Sebagai sebahagian daripada keluaran [Ubuntu 13.10] , Ubuntu komited untuk menyampaikan imej (installer) Ubuntu Touch, sedia untuk dipasang pada peranti yang disokongnya”.

Ubuntu Touch edisi pembangun perisian telah dilancarkan pada bulan Februari lepas di mana ia boleh dipasang serta dilarikan pada Galaxy Nexus, Nexus 4, Nexus 7 dan Nexus 10. Hingga kini peranti-peranti tersebut sahajalah peranti yang disokong oleh OS ini.
Walaupun OS itu akan dilancarkan pada bulan hadapan, PC World dipetik menulis, peranti-peranti yang menggunakan Ubuntu Touch secara eksklusif hanya akan berada di pasaran paling awal penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Canonical telah mengorak langkah ke arah convergence computing di mana ia berusaha untuk memperkenalkan telefon pintar yang boleh juga berfungsi sebagai PC. Ubuntu Touch merupakan versi Ubuntu mudah alih dan apabila telefon pintar tersebut dipasang kepada monitor, antaramuka Ubuntu desktop akan dilarikan.
Sementara itu, Canaonical berharap mereka yang mencuba versi untuk pembangun perisian menghantar laporan kewujudan pepijat bagi membolehkan pelancaran OS tersebut pada bulan hadapan berjalan tanpa masalah.

0 komen:

Catat Ulasan