19 Sep 2013

Khamis, September 19, 2013

Bermula 1 pagi tadi, iOS 7 telah mula dimuat turun oleh rakyat Malaysia yang mempunyai peranti mudah alih iOS yang serasi dengan versi iOS tersebut.

Sistem pengoperasian peranti mudah alih Apple, iOS 7 telah dilancarkan dan kini boleh dimuat turun oleh pengguna di Malaysia. Bagi mereka yang masih lagi keliru tentang bolehkah peranti anda memuat turun iOS terbaru ini, carta yang memaparkan keserasian serta fungsi-fungsi iOS 7 mengikut model peranti akan dapat membantu anda. Carta ini adalah hasil usaha TheAppleLounge.com.


iOS 7 serasi dengan iPhone 4 ke atas, iPod Touch generasi kelima dan iPad 2 ke atas. Namun harus diperhatikan juga fungsi yang disokong oleh peranti-peranti tersebut.
Pengambilan foto panorama tidak dibolehkan untuk iPhone 4 dan semua iPad, manakala fungsi filter pada kamera juga tidak dibolehkan untuk iPhone 4/4S serta semua iPad. Fungsi AirDrop yang sememangnya satu ciri yang penting dan memudahkan pada iOS tidak disokong oleh iPhone 4/4s, iPad 3 dan iPad 3.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan peranti iPhone model terdahulu, yang telah diturunkan harganya, pastikan anda periksa carta ini sebelum mendapatkan iPhone anda. Kami tidak mahu anda hampa apabila anda mendapati iPhone anda tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi iOS 7 yang anda idam-idamkan. Jadilah pengguna bijak dan lakukan kajian anda dahulu.


0 komen:

Catat Ulasan