Lokasi kejadian dipercayai di Terengganu. Dikatakan salah seorang pengguna yang berang tiba-tiba hingga melanggar pam minyak akibat kehabisan minyak di stesen tersebut setelah lebih 3 jam menunggu giliran.
Pelik dengan tabiat orang Malaysia. Minyak baru naik 20sen dah berpusu-pusu serbu stesen minyak konon nak isi minyak sebelum naik harga. Cuma curious sikit pasal apa nak isi minyak malam ni sedangkan esok nak tak nak harga akan tetap naik juga. Berapa banyak sen yang boleh jimat??
Sementara nak menunggu selama 3jam tu pun dah membakar minyak bersamaan dengan RM5.00. Berapa yang setiap pengguna boleh berjimat jika hanya naik 20sen kepada RM2.10 untuk seliter minyak? Esok, lusa, tulat pengguna masih tetap membeli minyak yang sama dengan harga yang hanya beza 20sen sahaja.
Beberapa keping gambar telah dikongsi di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berkenaan situasi semasa yang berlaku sebelum jam 12:01 malam di stesen-stesen minyak di seluruh negara. Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis.
Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam. Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.
0 komen:
Catat Ulasan